MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA


Menurut Dato’Sri Hasan Malik (2015), jabatan beliau menyasarkan industri francais di negara ini akan lebih berdikari dan kukuh sejajar dengan pelan yang bakal bermula pada tahun 2017 sehingga 2020. Seterusnya, beliau berharap untuk menjadikan Malaysia pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara menjelang tahun 2020. Industri francais sedikit sebanyak telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 bilion dan dijangka terus meningkat dengan kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA). Berdasarkan kenyataan itu, didapati industri francais negara berkembang dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kelemahan, namun ianya masih boleh dilakukan penambah baikan.  Secara tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan malah mempertingkatkan perniagaan francais tempatan.

Selain daripada itu, sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus merupakan jenama asing. Penerimaan jenama francais Malaysia di luar negara juga semakin meningkat iaitu sebanyak 60 jenama francais tempatan di 55 negara. Jenama francais Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran wang serta eksport produk tempatan ke negara luar dan sekaligus dapat meningkatkan perdapatan per kapita Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.


Ini adalah kerana, francais dilihat sebagai satu bentuk perniagaan yang semakin banyak menyumbang kepada penglibatan usahawan baru di Malaysia. Kaedah Francais itu sendiri dalam pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan juga tanggungjawab bagi sesuatu perniagaan dengan menggunakan tanda nama dan juga konsep atau model perniagaan yang ditentukan telah memberi keyakinan kepada usahawan-usahawan muda ini. Perniagaan francais telah terbukti mampu beroperasi dengaan maju di samping jenama yang sudah terkenal dan juga sasaran pelanggan yang telah ada dan dapat mengurangkan risiko kerugian yang mana dapat memberikan kesan negatif dalam dir usahawan muda yang baru menceburi bidang ini. 

Image result for bussiness


No comments:

Post a Comment